Amalan Kalimah Syahadah
-
Rencana utama: Syahadah
Perintah pertama Allah swt untuk manusia ialah Mengucapkan 2 kalimah syahadah
iaitu 'Saya Bersaksi Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh
Allah'. Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad
saw adalah pesuruhNya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi
Allah swt. Setelah ini Allah swt menyuruh kita untuk menunaikan Hak
Kalimah seperti yang diamalkan Nabi saw iaitu mengajak manusia kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kemungkaran terbesar ialah manusia
tidak mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad saw adalah
pesuruhNya perlu dicegah dengan menyampaikan/mendakwahkan Kalimah
Syahadah Kepada yang belum mengucapkan Kalimah(belum Islam)untuk
mengucapkan Kalimah Mulia ini. Kemungkaran terbesar dibuat olah orang
Islam ialah tidak menunaikan Hak Kalimah (tidak mengajak kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran) dan kedua tidak menjaga Solat, perlu dicegah
dengan mengajak mereka mengamalkannya.
Menunaikan Hak Kalimah ini merupakan amalan disebut di dalam Quran
sebagai amar makruf nahi Munkar, Allah swt memberi contoh melalui
kisah-kisah Nabi di dalam Al-Quran bagaimana mereka menyempurmakan
keinginan Allah iaitu semua manusia beriman. Nabi- nabi mencegah mungkar
manusia yang tidak mengakui Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi tersebut
sebagai pesuruhNya dengan mengajak mereka supaya mengaku dan pengikut
Nabi juga mengajak manusia lain kepada kebaikan.
Hukum menunaikan Hak Kalimah ini adalah Fardhu Ain kepada semua orang
Islam untuk mengajak kepada kebaikan(perintah Allah) dan mencegah
kemungkaran setiap hari dan Fardhu Kifayah secara berjemaah bermula di
setiap Masjid. Setiap masjid perlu ada sebahagian yang mengajak kepada
kebiakan dan mencegah kemungkaran
[perlu rujukan]
Kalimah Syahadah
Tiada Tuhan Melainkan Allah;
Muhammad Itu Pesuruh Allah.
| “ |
"Allah menerangkan (kepada
sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan
(seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang
yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18) |
” |
Solat
-
Rencana utama: Solat
Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat
Fardu atau solat yang wajib dilakukan.
| “ |
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat,
maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri
atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa
tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103) |
” |
Waktu Solat telah ditentukan masanya
- Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
- Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
- Solat Asar (Waktu petang)
- Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
- Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)
Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil. Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu. Manakala pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib (ghusl).
Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika solat, orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Ianya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum" bermaksud salam sejahtera bagimu.
Puasa
-
Rencana utama: Ibadat puasa
Bermaksud menahan anggota badan dari perkara yang menbatalkan puasa
dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Contoh :- Menahan mulut
dari makan dan bercakap sia-sia,
| “ |
" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183) |
” |
| “ |
" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada
memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184) |
” |
| “ |
" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu,
sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa)
sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan
dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185) |
” |
Zakat
-
Rencana utama: Zakat
Zakat
dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang
tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
| “ |
" Pada hal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan
ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Baiyinah : 5) |
” |
| “ |
" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103) |
” |
| “ |
" Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat)
itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan
amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan
hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan
orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah,
dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan
hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)
dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "
(Surah At-Taubah : 60) |
” |
-
Rencana utama: Haji
Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
| “ |
" Di situ ada tanda-tanda
keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya
ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman
tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97) |
” |
Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukakannya
Semasa haji, umat Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata
sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Islam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar