Rukun
Iman
Berdasarkan kepada Hadis Jibril,
dan Al-Quran,[1] Rukun Iman
bagi orang Islam
ada 6 perkara iaitu :-
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada malaikat
- Percaya kepada kitab
- Percaya kepada nabi dan rasul
- Percaya kepada hari akhirat
- Percaya kepada qada dan qadar
(Lihat juga:Rukun Iman)
Percaya
kepada Allah
Konsep yang paling asas ialah
percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak,
dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah
Al-Ikhlas/big>|Surah Al-Ikhlas|Ayat 1-4}}
"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal.
Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan
tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa."
Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah
sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun,
perkataan Arab Allah
boleh diterjemahkan juga kepada perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas
untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama Yahweh adalah nama khas
tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran mengenaiNya
(disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui
sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.
Wajib bagi orang Islam lelaki dan
perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat
wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang
jumlah kesemuanya ada 41. Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat
mustahil juga dua puluh dan sifat harus/jaizNya ada satu.
Allah ialah nama bagi Tuhan yang
sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan
menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk
menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan
sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita
menyembah NYA.
Untuk hendak mempercayai Allah dan
menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul. Dan untuk hendak
mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil
dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul,
nescaya akan sesat dan kafirlah kita.
Percaya
kepada Para Malaikat
Rencana utama: Malaikat
Rukun iman yang kedua ialah percaya
kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya
malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat
malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu
dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang
sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu
menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal,
boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang
singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah
perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan
tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.
Malaikat sangat banyak bilangannya
dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam
diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :
- Malaikat Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.
- Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.
- Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
- Malaikat Maut : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.
- Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
- Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
- Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
- Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
- Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.
- Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.
Frman Allah Ta’ala Surah At Tahrim
ayat 66:
Malaikat itu tidak menderhaka kepada
Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka, dan mereka membuat apa jua
perintah oleh-NYA.
Malaikat dijadikan Allah untuk
menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang
diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi.
Zaman sekarang, sudah ada orang yang
mendakwa mampu menghalang tugas Malaikat. Ada yang mendakwa boleh “slow talk”
dengan 'Izrail untuk tidak mencabut nyawa seseorang. Sedangkan ‘Izrail yang
ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal seseorang
sebagaimana yang tertulis di Lauh Mahfuz, 'Izrail akan menjalankan perintah
yang Allah arahkan dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat
dan tidak lewat sesaat. Begitulah yang diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus
Sunnah wal Jamaah. Jelas menunjukkan dakwaan ahli bidaah ini bertentangan
dengan Al Quran Surah At Tahrim ayat ke 66. Sekaligus kenyataan dan dakwaan
mereka telah membatalkan keIslaman dan keimanan mereka.
Percaya adanya Malaikat yang telah
diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah. Allah menciptakan
Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak
diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai
jantina untuk memudahkan mereka mentaati Allah sepanjang masa.
Percaya
kepada Kitab-Kitab Allah
Rencana utama: Kitab
Salah satu daripada Rukun Iman agama
Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah
telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing
manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab terbahagi dua:
Suhuf - Pedoman yang tidak begitu
lengkap mengandungi hanya hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada
manusia umumnya. Jumlah suhuf 100 buah
- Nabi Allah Shith(a.s) 50 suhuf
- Nabi Allah Idris(a.s) 30 suhuf
- Nabi Allah Ibrahim(a.s) 10 suhuf
- Nabi Allah Musa(a.s) 10 suhuf
Kitab-kitab yang wajib diimankan
adalah:
- Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
- Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
- Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
- Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Orang Islam percaya bahawa pada masa
kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak
pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen.
Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.
Percaya
kepada Nabi dan Rasul
Rencana utama: Nabi
Beriman kepada nabi dan rasul ialah
meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk
membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah. Islam mengajar umatnya
bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki
yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya
sahaja.
Rasul dan nabi merupakan manusia
biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul
ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula merupakan
seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta
disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih
sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula
adalah 124,000 orang (termasuk rasul). Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam
Al-Quran, dan lima dari rasul tersebut adalah Ulul Azmi
iaitu; , Nuh,Ibrahim,
Musa,
Isa
dan Muhammad. Ulul Azmi adalah gelaran yang
diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam
menyampaikan risalahnya.
Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul yang
terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan
baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al Quran dan As
Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.
Rasul diberi tugas oleh Allah.
Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan
khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang
beriman kepada Allah agar tidak sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi
wahyu oleh Allah yang membuktikan bahwa mereka adalah pembimbing dalam segala
amal perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan.
Apakah hikmah atau faedah diadakan
Rasul dan Nabi ?
Antara faedahnya ialah Allah mahu
diri NYA dikenali. Rasul dan Nabi diutus kepada umat manusia agar umat manusia
kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan adanya Rasul dan
Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar, serta faham
pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang
diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diciptakan Allah tidak kenal siapa
Tuhannya yang sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang
sebenar, nescaya sesatlah dirinya dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya
tiada nilai disisi Allah.
Sifat-sifat Rasul dan Nabi
Ada 4 sifat yang Wajib bagi
Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang
Harus bagi Rasul/Nabi.
1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang
disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan
sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah
diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB
(Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan
tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia
(Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang
diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi
adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta
melaksanakan hukum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang
diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.
“Barangsiapa yang berdusta atas nama
ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari, Muslim )
Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat
KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.
3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat
dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya
apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat
KITMAN iaitu menyembunyikan.
4. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat
dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu memahami
perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan
penentang-penentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh. Mustahil
Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.
Dan satu sifat yang jaiz atau sifat
yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iaitu untuk bersifat dengan
sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan,
berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.
|
|
Percaya
kepada Hari Akhirat
Rencana utama: Hari Akhirat
Kita wajib percaya akan datangnya
Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT
dalam al-Qur’an.
Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua
makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan
dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat
atau pembangkitan.
Setelah segalanya hancur pada hari
kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih
dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah
nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan
mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari
pembalasan. Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat
kebahagiaan di syurga. Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan
mendapat siksaan dan ditempatkan di neraka.
Percaya
kepada Qada' dan Qadar
Rencana utama: Qadar
Kita wajib percaya bahawa segala
sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu, menurut apa
yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman
azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan
rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu. Tetapi kita tidak
dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir
bermaksud ketetapan. Terlaksananya berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud
keputusan perbuatan (pelaksanaan). Sebahagian Ulama’ menamakan takdir itu juga
qada dan qada.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar